Jumaat, 7 November 2014

November sudah

Assalammualaikum semua pembaca dan juga pengemar blog

Apa khabar anda semua yer??
Moga semuanya di dalam lindunganNya serta sentiasa di rahmati
Hanya ingin berkongsi sedikit dan mengigatkan diri sendiri juga.

Cuba anda lihat di keliling anda sekarang,agaknya apa yang paling hampir?
Adakah ibu bapa, suami, isteri, adik beradik, anak-anak atau teman?
Walaupun siapa mereka hagailah kehadiran mereke di sisi anda ketika ada,
kerna kita tidak tahu berapa lama kita dapat bersama mereka ataupun mampu melihat mereka tersenyum.

Selagi kita di muka bumi ini , ikatan kekeluargaan dan ikatan persahabat adalah amat bernilai,
kerna kita tidak akan mampu hidup sendiri tanpa insan-insan tersayang.

Saya teringat dengan sebaris lagu daripada Allahyarham Sudirman,
"Ayah dan ibu, ayah dan ibu "
"itulah permulaan kami,dapat melihat bulan dan matahari"
Adanya kita di muka bumi pada hari ini adalah kerna adanya KERAMAT hidup ini,
Kasih sayang dan rasa tanggungjawabnya yang membawa kita mampu melihat dan mengenali dunia
dari kaca mata sendiri.

Apa yang ingin saya katakan HARGAILAH IBU DAN AYAH kita,mereka ibarat permata yang bernilai
dan tidak akan ada galang gantinya didunia ini.
Baik mahupun buruk, kaya atau miskin mereka inilah yang telah melahir dan membesarkan kita.
Mereka tidak pernah meminta namun mereka sedia mendengar dan menghulurkan tangan setiap kali
kita meminta perhatian.

#sayasayangibudanayah
#keramathidupduniaakhirat
#jengok2lahmerekaselagiada